Pepatah melayu menyatakan bahawa masa itu adalah emas. Tidak lain dan tidak bukan kerana harga dan nilaian emas itu sendiri. Betapa mahalnya harga sebuah masa sehingga di analogikan dengan emas.
” Tetapi, apa yang lebih tepat lagi masa itu adalah di ibarat nyawa dan usia ”, itulah kata – kata guruku yang masih kuat terpahat di minda ini.
Kenapa ?, kerana emas walaupun amat berharga dan tinggi nilainya, masih boleh di ganti dan di beli jika hilang.
Tetapi kalau di ibaratkan seperti nyawa , kita tidak mampu lagi memilikinya apalagi membeli atau meminjam nyawa daripada orang lain jika ia sudah terpisah dari jasad.
Begitu juga jika kita mengibaratkan masa itu seperti usia. Setiap saat, minit dan jam yang berlalu itu akan bertambah dan berganti dengan hari, minggu, bulan dan tahun.
Dan yang pasti dengan pertambahan ini, bermakna usia kita semakin meningkat dan bertambah. Kita tidak akan dapat kembali ke usia dan masa yang telah berlalu itu. Kata Pak Hamka di dalam buku ”Tasauf Moden” , 2 perkara yang pasti berlaku dalam diri seorang anak Adam adalah dia akan berhadapan dengan tua dan mati. Tidak boleh tidak.
Pesan bijak pandai ;
”....gunakanlah hari ini sebaik mungkin, kerana esok belum tentu menjadi milik kita, sedang semalam telah meninggalkan kita menjadi satu sejarah....”
Tidak ada siapa yang dapat memberikan konformasi bahawa dia masih hidup seperti biasa pada hari esok, saat malam menjelang. Dapat menjalankan rutin harian seperti sedia kala. Maut dan ajal yang di tentukan Allah swt, tidak ada sesiapa yang dapat menduga. Bila, di mana, dengan siapa atau atas asabab apa kita akan meninggalkan dunia ini, hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan hal ini.
Kita sebagai hambaNYA, perlulah sentiasa bermuhasabah dan bermuroqobah terhadap diri sendiri, supaya sentiasa bersedia dengan bekalan amal soleh dalam menempuh hidup ini setiap saat. Takut – takut kita terlalai dan terleka di buai hidup yang sementara di dunia fana ini. Tanpa sempat kita bertaubat dan memperbanyakkan amal soleh dalam hidup kita.
“ ..Barangsiapa yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, maka beruntunglah dia, Tetapi jika hari ini lebih buruk dari hari semalam, maka celakalah dia, dan rugilah bagi dirinya jika hari ini masih sama dengan hari semalam...”
Manusia di bahagikan kepada 3 kumpulan . Sudah pasti kepada yang mengharapkan pembaikan diri dan syurga Allah perlulah sentiasa berpegang kepada prinsip hidup ..”hari ini perlulah lebih baik daripada hari semalam..”.
Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al – Asr ;
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian .
Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan kesabaran.
( Surah Al - Asr).
Di dalam surah ini dengan jelas Allah menyatakan bahawa manusia ini sememangnya berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang mempunyai ciri – ciri yang di nyatakan itu akan berada di dalam keberuntungan , dalam menggunakan masa atau waktu hidupnya .
Jangan kita lupa bahawa Allah telah melantik kita dengan jawatan tetap di muka bumi ini sebagai khalifah dan hamba pada NYA. Adalah wajar bagi diri kita untuk menggunakan kesempatam hidup di alam ini untuk menyemai benih – benih iman dan ketaqwaan padaNYA dengan amal soleh yang menjadi bekalan kita untuk kehidupan yang lebih baik di sana. Memperbaiki diri dan mengajak orang lain untuk turut sama dengan kita dalam melakukan amal soleh.
Bagi diri seorang da’ie / da’ieyah , penggerak masyarakat atau aktivis sosial sentiasalah bersedia dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini untuk mengajak manusia beriman kepada Allah, mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan.
Kata Hassan Al –Banna; “ Masa yang kita ada sedikit jika di bandingkan dengan tanggungjawab”.Setiap detik perjalanan hidup kita ini, tidak seharusnya kita bazirkan dengan perkara yang sia - sia.
Dari kejauhan seorang Abang berpesan melalui smsnya ;
Demi masa sepanjang 24 jam, kata Doktor; ” tidur yang sihat itu, sepanjang 8 jam”.
Jika saat ini usia kita 30 tahun, maka selama 10 tahun sudah kita gunakan untuk tidur. Bangun dan berjuanglah wahai sahabat....!!!
Kata – kata ini cukup memberangsangkan fikiran dan mengetuk minda ku. Ada benar apa yang di sampaikan ini. Nasihat seperti ini perlu kita sematkan di minda agar menjadi peringatan buat kita.
Sentiasalah berfikir dan mencari inisiatif , bagaimana untuk menfaatkan diri kita, masa dan kelapangan waktu, tenaga, usia , harta dan jiwa kita, ilmu yang ada ini ke jalan Allah. Demi membina halatuju hidup yang merentasi jalan – jalan yang di redhai Allah
http://musafirsrikandi.blogspot.com/2008/06/demi-masa.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan